Sunday, December 29, 2013

Homemade almond milk + dates


Alhamdulillah ini adalah stok almond milk utk 1-2 minggu saya.  Banyak khasiatnya terutamanya untuk minda dan kesihatan. Sebenarnya saya buat ni untuk anak saya tapi disebabkan nafisah bf lagi.. maka saya yang perlu minum.. =))

Bahan2nya mudah saja (sukatannya suka2 hati tp badam letak lebih sedikit cthnya 2cwn gitu);
1-badam yg direndam smalaman kemudian dibuang kulitnya keesokkan harinya.
2-kurma
3-kismis
4-madu
5-air masak
6-perisa yg diinginkan (cth; serbuk oligo untuk rasa coklat)

Cara2nya;
1-blenderkan semua bahan diatas.
2-tapiskan , ambil airnya sahaja
3-frozenkan.

*Hampasnye jgn dibuang .. bleh wat cookies atau cekodok dll sbg bahan tambahan.

Selamat mencuba! :-)

Saturday, December 28, 2013

Jom kita berenang! :-)



              Alhamdulillah setakat umur nafisah 4bulan ni dah 3kali kami bawa nafisah berenang di swimming pool.. nafisah kelihatan sangat relax... xnangis pun bila di dalam air.. sekarang kami jadikan aktiviti berenang ni antara aktiviti bulanan untuk nafisah dan jadikan aktiviti sunnah ini salah satu subjek homeschool nafisah.. moga nafisah mahir berenang satu hari nanti insyaAllah...

Friday, November 29, 2013

♥ Tips Untuk Kebahagiaan Anak ♥

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

@drmuhaya

pengalaman bersalin kali petama...

Dah 3 bulan peristiwa ni berlaku.. alhamdulillah saya selamat melahirkan seorang baby perempuan yg subhanallah sgt comel.. saya selamat melahirkan ulama' kecil ini pada 29 ramadhan yang lalu sehari sebelum hari raya.. (baby nak raya awal) =)

kita merancang Allah yang menentukan... saya sepatutnya bersalin 7syawal tapi baby sangat tak sabar nak tengok dunia..dan perancangan kami untuk bersalin di hospital swasta tapi akhirnya di hospital kerajaan juga.. hehe sebab hospital swasta tu cuti raya..

Disebabkan ni kali petama ,saya tak tahu macam mana rasa sakit nak bersalin.. kadang2 rasa macam sakit macam period pain tapi tak konsisten plak masanya..bila pergi klinik, doktor cakap, saya terlalu aktif... dia kata kalau anak sulung selalu lambat..ok.. saya balik rumah dan puasa macam biasa.

28 ramadhan, sakit makin kerap.. konfius... mak mertua (waktu ni saya berada di rumah mertua saya) saya cakap, mgkin masa saya nak bersalin makin hampir.. apentah lagi bila saya bagi tahu yang bengkak kaki saya smakin surut..tapi tiada petunjuk yang pasti... saya teruskan berpuasa...malam tu selepas berbuka, saya dapat rasakan masanya makin hampir... saya gagahkan diri untuk solat sunat terawih serta solat hajat... surah maryam saya baca dengan penuh berharap segala yang berlaku semasa proses bersalin nanti akan berjalan dengan lancar dan selamat... saya tidur... tapi tak lena... sakit... berpuluh sms saya layangkan pada suami... waktu tu suami saya masih di sarawak.. mohon kata2 semangat dari dia... saya minum air selusuh yang suami saya buatkan... pastu saya pergi ke toilet sb nak buang air.. Darah! saya yakin saya nak bersalin.. waktu ni saya sangat gembira.. sebab saya dah tahu saya dah nak bersalin dan tak sabar nak jumpa anak saya yang saya kandung 9 bulan lebih... saya mandi kemudian saya kejutkan mak n ayah mertua saya.. sebelum bertolak ke hospital saya makan nasi sepinggan tapi tak banyak sebab rasa sakit semakin kerap.. kami bertolak ke hospital pukul 3 pagi.. jalan lengang.. dalam hati saya doa tak berhenti agar semuanya berjalan dengan baik dan selamat..

Sampai di hospital lebih kurang 3.30 pagi.. siap daftar semua, doc check bukaan saya sudah 5cm, saya dimasukkan ke dalam wad dan bertanya sama ada saya mahu ubat tahan sakit (epidural) atau tak.. dengan yakinnya saya jawab tak sebab saya tahu kesan sampingan kalau ambil epidural dan ketika itu saya rasa saya mampu menahan sakit.. lebih kurang sejam selepas itu, saya dimasukkan ke dalam labour room... besar labour room tu..saya sorang je dalam tu..rasa sunyi je..huhu setiap kali nurse atau doc yang masuk mesti dorang tanya mana suami saya.. sayu sangat waktu tu tapi saya kuatkan hati, saya tahu suami saya waktu tu tengah bersiap sedia untuk pulang ke semenanjung... dlam labour room saya minta kebenaran untuk ber'sms' dengan suami... nurse n doktor semua sporting dan baik2 belaka.. lebih kurang setengah jam selepas itu sakit semakin kerap...dari saya berzikir dalam hati, saya berzikir kuat2 (dalam menahan sakit) tapi tak la kuat sangat sebab saya sorang je dalam tu... sakitnya Allah je yang tahu.. nurse yang datang melihat saya pun rasa simpati... saya pegang tangan dia minta kekuatan.. saya tanya doc," doc rasa2 bila saya boleh bersalin?" doc jawab, " ikut teori 1cm = 1jam, klu 5cm= 5jam la..tapi ikut orang juga.. " huhu 5jam??? lamanya...! tak lama lepas tu saya betul2 tak tahan.. saya panggil nurse untuk minta epidural... dalam proses nurse nak cucuk epidural tu, mak saya datang... saya senyum tengok mak... mak waktu tu dah bergenang air mata tengok saya.. saya cakap pada mak, jangan nangis, mak nak dapat cucu lagi... =) mak saya senyum... lepas cucuk tu nurse suh saya tidur je.. tapi saya rasa baby mcm nak terkeluar je waktu tu.. nurse check bukaan saya... "dah buka 7, 8cm ni... patut kamu sakit sangat.. kamu dah boleh bersalin ni" nurse panggil beberapa nurse dan doc untuk menyambut kelahiran anak saya... lega rasanya waktunya dah tiba...alhamdulillah.. tapi waktu tu saya rasa sangatttttttttt mengantuk! saya susah nak push sebab mengantuk sangat (kesan epidural).. nurse berusaha tak bagi saya ngantuk.. dia lap muka saya dengan tisu lembap tapi tak mampu nak hilangkan mengantuk saya..saya tampar2 muka saya bagi tak ngantuk.. mak tak berhenti bagi semangat..akhirnya push punya push hehe tepat pukul 7.17 pagi saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.79kg secara normal..=) alhamdulillah... =)

ulama kecil ummi dan ayah =)... Sayyidah Nafisah.. waktu ni umur nafisah dah 2 bulan lebih..hehe meniarap time tidur..

Wednesday, June 26, 2013

12 langkah melahir tanpa rasa sakit melalui teknik hypnobirthing (^_^)

Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin. Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan.:) . Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :

1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.

2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.

3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali. Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.

4. Kemudian berbaring dengan santai.

5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.

6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.

7. Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.

8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut. Lakukan 8 kali.

9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.

10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.

11. Masukkan fikiran positif. Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'

12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung. Kembali semula kepada keadaan normal.

Cloth Diapers Murah!!! 10 CD ( bersama 2 insert) RM150 termasuk pos!!

Assalamualaikum.. hari ni shida nak share ada promosi di http://www.qqbabyshop.com/ tapi shida tak pasti promosi ni sampai bila.. Jadi pada ummi2 yang tengah cari cloth diapers murah boleh la intai2 laman web ni.. Setakat ni, Ini la laman web yang shida jumpa yang paling murah...mungkin ada yang lebih murah tapi shida tak perasan..

Dah order 10 CD untuk bakal Ulama' kecilku... (^_^)

Tuesday, June 25, 2013

Cara nak buat Minyak Kelapa sendiri (Minyak Selusuh) (^_^)

Kalau post sebelum ni macama mana nak buat air selusuh.. kali ni plak macam mana nak buat minyak kelapa tanak (minyak selusuh)... Yang ni plak shida nak minta mak yang buatkan bila balik semenanjung nanti.. tak pun buat sendiri je =)... kat bintulu ni susah nak cari kelapa santan asli huhu... kebanyakkannya santan yang telah diproses menjadi santan kotak ataupun santan serbuk... hmm so tunggu balik semenanjung nantilah baru buat.. insyaAllah...=)

Bahan-bahannya: 3-5 biji kelapa parut.

Cara-caranya:

1) Perah kelapa parut ni sehingga keluar santannya.. ada yang kata letak air sedikit, ada pendapat yang lain kata tak perlu letak air.. so mana2 la yang ummi2 yakin la ye..huhu (perah guna kain lebih mudah berbanding guna penapis..=))

2)tanak santan yang kita perah tu didalam periuk dan diatas api yang perlahan...

3)Kacau santan tu dari mula hingga menjadi minyak iaitu sampai santan menjadi warna jernih dan tahinya..

4)Tapis minyak tersebut untuk mengasingkan minyak dan tahinya..

5)masukkan minyak kedalam bekas...=) boleh dibacakan dengan doa selusuh..

6)siap untuk diminum...atau disapu diatas perut... =)wallahualam.

~Dari 6 bulan dah boleh start minum sesudu 3kali seminggu.Bila usia kandungan dah 9 bulan, boleh minum sesudu sehari... Selamat Mencuba!!! (^_^)

Cara Nak Buat Air Selusuh (^_^)

Nak minta suamiku buatkan sebelum terbang ke semenanjung 1Julai ni.. InsyaAllah.. Jom Belajar macam mana nak buat air selusuh ni... (^_^)

Air Selusuh memang dikenali dikalangan masyarakat wanita melayu apabila tiba saat-saat hampir untuk melahirkan anak. Air yang didoakan itu boleh dibacakan sendiri oleh suami ataupun pengamal pengubatan Islam yang dikenali. Dengan berkat bacaan doa serta ikhtiar maka hanya kepada Allah jua agar para isteri yang akan melahirkan zuriat agar dipermudahkan urusan kelahiran si anak kecil yang bakal menjadi mujahid serta mujahidah pada masa akan datang.

Amalan Air Selusuh atau Minyak Selusuh ini memang tiada riwayatnya didalam al-Quran mahupun hadith. Setiap amalan yang bukan merupakan 'ibadat' atau diluar skop ibadat hukumnya adalah MUBAH (Harus). Jika dilihat dari segi content amalan tersebut seperti do'a agar kelahirannya mudah dengan bacaan2 yang tidak menyanggahi syara'; seperti TIDAK melakukan tawassul kepada Fatimah, 'Aisyah, Maryam dsb, HANYA memohon kepada Allah swt semata-mata dengan Asma' wa Sifatnya, dan tidak mempunyai kepercayaan2 tertentu, tidaklah ia menjadi satu kesalahan.

Bahan-bahannya:Air kosong..lebih baik kalau ada air zam-zam =)

Rangkaian kalimah suci yang perlu dibaca:

(1)Surah Al-Fatihah

(2)Selawat Syifa'

(3)Surah Al-Hasyr: Ayat 21-24.

(4)Doa Selusuh

Terjemahan : "Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama pesakit dan nama ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya".

(5)Doa Pemudah

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".

Dibacakan semua rangkaian doa di atas ke atas air. Hendaklah diberi minum air kepada isteri seeloknya seminggu sebelum dijangkakan bersalin. Boleh disapu ke atas perut selepas waktu asar sambil berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan kelahiran si anak.

Wallahuallam...

sumber dari pusat perubatan As-Syifa' Melaka =)

Petua Mudah Bersalin...

Assalamualaikum... =)Hari ni shida nak kongsikan beberapa petua untuk ummi2 mudah bersalin (dengan izin ALLAH yang pastinya) =)... info2 ni shida ambil dari beberapa laman web dan blog untuk di kongsikan bersama.. tapi yang shida senaraikan ni hanya apa yang shida rasa shida mampu buat saja... yang rasa tak mampu buat shida tak senaraikan.. tapi yang ada dalam senarai ni pun dah banyak dah huhu.. Mari kita berusaha untuk berikhtiar =)

(1)Sujud lebih lama

-Sujud adalah latihan kekuatan otot tertentu termasuk otot dada. Semasa sujud beban tubuh ditumpukan pada lengan hingga tapak tangan. Pada masa ini pengecutan terjadi pada otot dada, bahagian tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Payudara bukan hanya menjadi lebih menarik, tetapi juga memperbaiki fungsi kelenjar air susu di dalamnya.

Semasa pinggul dan pinggang di angkat melampaui kepala dan dada, otot-otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) mengecut sepenuhnya. Gerakan ini melatih organ di sekitar perut bagi meneran dengan lebih dalam dan lama. Ini memberi manfaat kepada kaum wanita kerana dalam proses bersalin, mereka memerlukan pernafasan yang baik dan kemampuan meneran mencukupi.

Apabila wanita mengandung, otot perut berkembang lebih besar dan lebih kuat, secara automatik, ia menjadi elastik. Biasanya, sujud menyebabkan tubuh dapat mengembalikan dan mempertahankan organ perut pada tempatnya semula. Mengecutkan rahim dan mengempiskan perut.

Bagaimana bayi songsang di dalam kandungan boleh berubah kedudukan dalam terapi sujud ni? Saya sangat-sangat percaya bahawa proses semula jadi datang dengan semulajadi dan solat dan doa itu adalah terapinya.

(2)Amalkan minum air kelapa

(2)Teknik Hypnobirthing sepanjang kehamilan- Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

(3)Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

(4) Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

(5) Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

(6) Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

(7)Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

(8)Minum sesudu camca teh minyak kelapa sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. amalkan seminggu 3 kali..kalau dah 9 bulan amalkan satu sudu setiap hari.

(9)2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

(10)Amalkan baca surah Maryam

(11)Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit.

(12)Minum air selusuh (lebih baik kalau suami yang buatkan).

(13)Makan kurma dalam bilangan ganjil

(14)Lakukan senaman- duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas.

(15)Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

(16)Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air.

(17)Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. 2. Angkat kepala, dagu cecah dada. 3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata) 4. Tangan pegang buku lali kaki 5. Masa teran jangan keluarkan suara. 6. Masa teran jangan angkat punggung. 7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran. 8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

~Huhu selamat mencuba ummi2 n bakal ummi sekalian...apa yang paling penting doa...doa...doa.. n jgn lupa minta maaf dari suami dan ibu dan ayah =)

Monday, June 24, 2013

Input untuk para Ummi.. (^_^) ~ Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tajuk di atas nampak gempakkan, Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah. Selain itu, pernah tak anda dengar tentang berita yang keluar di tv atau suratkhabar tentang bayi berusia sekian-sekian bulan atau kanak-kanak kecil mampu untuk membaca, menyelesaikan masalah matematik atau yang seumpamanya dengannya. Apa yang kita terfikir ? Wah, geniusnya budak ni ! Kita pun berharap-harap yang anak kita sendiripun akan jadi genius macam tu tapi ….

Sebenarnya semua anak-anak kecil malah bayi yang baru saja dilahirkan sebenarnya sudah GENIUS. Betul ke? Bercakap pun belum pandai, poo-poo pun masih dalam lampin, genius macam mana pulak? Ok mari kita lihat fakta.

Mengikut kajian sains ke atas umur kanak-kanak 0-3 tahun :-

-semasa bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai 100 billion sel otak

-otak mereka adalah 250% lebih aktif berbanding dengan otak orang dewasa.

-otak mereka membentuk 1000 trillion sinaps (hubungan) menjelang usianya 3 tahun iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding orang dewasa

-mampu menghasilkan sinaps (hubungan) lebih pantas pada tahun pertama berbanding tahun-tahun yang lain.

Untuk lebih memahami mari lihat pula diagram dibawah :-

Diagram di atas menunjukkan kepadatan synaps (jaringan atau hubungan) yang terhasil dalam otak kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding seorang dewasa.

Apa pula synaps ni ? Synaps adalah jaringan yang terbentuk apabila sel-sel otak yang dikenali sebagai neuron di hubungkan dengan neuron yang lain dalam otak. Synaps inilah yang berperanan penting untuk perkembangan otak kanak-kanak yang membawa kepada perkembangan mental dan fizikal mereka. Jika neuron-neuron ini tidak dihubungkaitkan atau jarang digunakan lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja. Sebaliknya,jaringan synaps yang digunakan berulang kali akan menjadi kekal. Bagaimana untuk mencetuskan synaps dan menjadikannya kekal ? Jawapan adalah melalui stimulasi yang konsisten.

Jadi pada umur ini 0-3 tahun, lakukan apasaja aktiviti bersama mereka. Rangsangkan otak mereka untuk mencipta lebih banyak jaringan. Kerapkan bercakap-cakap dengan mereka, bermain, bercerita atau apa saja aktiviti yang menyeronokkan untuk anda dan sicomel. Ajarlah mereka apa saja yang anda inginkan, anda pasti surprise dengan kehebatan mereka. Percayalah anak kita pun boleh jadi genius macam mereka diluar sana.

Buktinya? anda boleh tengok disini ya videonya http://youtu.be/5GE7H8LhuPA

Jadi jangan terkejut jika Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah malah mereka sebenarnya mampu untuk melakukan lebih dari itu.

dipetik daripada: http://sayangdisayang.com

~ Semoga Allah memberi shida (dan ummi2 yang lain) kesungguhan dan kesabaran yang tinggi untuk mendidik ulama' kecil yang bakal lahir nanti.. amiin...

Sayyidah Nafisah ibu sekalian ilmu ~ Wali Allah berketurunan Rasulullah.

Bumi Mesir diberi kelebihan oleh Allah dengan bersemadinya sekalian ramai jasad Ahlul Bait. Antara mereka ialah Sayyidah Nafisah r.anha. Nama Sayyidah Nafisah tidak asing lagi bagi umat Islam di Mesir ini. Masjid beliau yang terletak berhampiran Kubu Salahudin Al-Ayubi, Kaherah menjadi saksi betapa kasihnya umat Islam kepada beliau apatah lagi tanggal 9 Jamadilakhir setiap tahun, sekalian umat Islam akan berkumpul di perkarangan masjid beliau bagi merayakan maulid beliau.

Berdekatan masjid beliau, juga terdapat beberapa maqam Ahlul Bait Nabi dan ulamak yang lain antaranya Sayyidah Sukainah binti Saidina Husein, Sayyidah Ruqayah binti Saidina Ali, bapa saudaranya Sayyid Muhammad Al-Anwar dan pengarang kitab "Tafsir Mimpi" Imam Ibnu Sirin.

Keturunan Mulia

Sayyidah Nafisah memang terkenal sebagai seorang serikandi yang berani bahkan terkenal dengan kehebatan ilmunya yang tinggi hingga digelar sebagai “Ummul ‘Ulum” (ibu sekalian ilmu). Nama beliau ialah Nafisah binti Sayyid Hasan al-Anwar bin Saidina Zaid bin Saidina Hasan bin Saidina Ali bin Abi Talib, menantu Rasulullah s.a.w. “Nafisah” diambil dari kalimah "an-nafasah" yang bermaksud kemuliaan atau ketinggian keadaan sesuatu. Beliau sangat menyerupai emak saudara sebelah bapanya yang bernama Sayyidah Sukainah al-Kubra binti Zaid r.anhum.

Ayahandanya Sayyid Hasan al-Anwar dan diberi gelaran “al-Anwar” iaitu yang bercahaya kerana keadaan mukanya yang kelihatan bercahaya kesan daripada kuat ibadat yang ikhlas kepada Allah. Beliau dilantik oleh Khalifah Jaafar al-Mansur sebagai gabenor Madinah al-Munawarah tahun 150 hijrah. Sayyidah Nafisah dilahirkan di Mekah tanggal 11 Rabiul Awal tahun 145 hijrah. Beliau dibesarkan di Madinah kerana ayahandanya seorang gabenor. Sejak kecil, beliau lebih suka membaca al-Quran, selawat ke atas Nabi di samping gemar menziarahi maqam Nabi. Hingga satu masa, setelah usia Sayyidah Nafisah mencecah beberapa tahun, ayahandanya telah membawa beliau menuju ke bilik yang bersemadi jasad Rasulullah s.a.w. Lalu ayahandanya berkata, "Ya Rasulullah! Redhailah anak perempuan aku yang aku namakan Nafisah ini." Lalu satu malam ayahandanya bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w lalu Baginda bersabda, "Wahai Hasan!Sesungguhnya aku telah meredhai anakmu yang juga zuriatku, Nafisah dan Allah Taala juga meredhainya dengan sebab redha aku kepadanya".

Perkahwinan

Sayyidah Nafisah berkahwin dengan sepupu beliau yang berketurunan Saidina Husein, Sayyidi Ishaq al-Mu'taman bin Saidina Jaafar As-Sodiq bin Saidina Muhammad al-Baqir bin Saidina Ali Zainal Abidin bin Saidina Husain bin Saidina Ali menantu Rasulullah s.a.w. Suaminya digelar sebagai "al-Mu'taman" kerana beliau seorang yang sangat amanah dan kuat imannya. Beliau merupakan saudara kandung kepada Sayyidah Aisyah (bukan Aisyah isteri Rasulullah s.a.w) iaitu anak kepada Saidina Jaafar as-Sodiq. Sayyidah Aisyah juga disemadikan dalam masjidnya di Hayyu Al-Khalifah dekat dengan Kubu Salahudin Al-Ayubi di Kaherah. Tatkala Sayyid Hasan Al-Anwar meninggalkan jawatan gabenor Madinah, ia diganti oleh menantunya Sayyid Ishaq Al-Mu'taman sebagai gabenor bagi khilafah Abbasiyah. Beliau diakad nikah pada hari Jumaat 5 Rejab tahun 161 hijrah dan telah dikurniakan dua cahaya mata bernama Qasim dan Ummu Kalthum.

Ibadat Sayyidah Nafisah

Sayyidah Nafisah sangat gemar membaca al-Quran, kuat berpuasa di siang hari, solat pada malamnya, amat kasihan belas kepada orang miskin, anak-anak yatim dan manusia sekaliannya. Diriwayatkan daripada Sayyidah Zainab binti Sayyid Yahya yang juga anak saudaranya, beliau berkata, “Aku telah berkhidmat kepada emak saudaraku (sebelah ayah), Sayyidah Nafisah selama 40 tahun. Aku tidak pernah lagi melihat Sayyidah Nafisah tidur pada siang dan malam kecuali kerana darurat (terpaksa) kerana sibuk dengan beribadat. Beliau juga sentiasa berpuasa kecuali dua hari raya dan hari tasyriq. Lalu aku bertanya kepadanya, “Wahai emak saudaraku!Tidakkah kau berasa penat dan kasihani tubuhmu?” Lantas beliau berkata, “Bagaimana aku mampu mengasihani diriku sedangkan dihadapanku azab Allah sedang menanti. Tiada siapapun yang dapat mengelak daripadanya kecuali orang-orang yang berjaya.”

Sayyidah Nafisah telah mengerjakan haji sebanyak 30 kali dan kebanyakannya beliau pergi dengan berjalan kaki. Beliau selalu berdoa sambil menangis di sisi Kaabah “Tuhan ku!Penciptaku!Penolongku!Berikanlah kegembiraan kepadaku dengan redha-Mu kepadaku. Janganlah diriku ini menjadi sebab sebagai pendinding (hijab) antara Kau dan aku. Tuhanku!Permudahkanlah aku menziarahi kubur kekasih-Mu, Ibrahim (iaitu Mekah)”.

Pada hari yang kesepuluh akhir Ramadhan tahun 193 hijrah Sayyidah Nafisah bermusafir ke Mesir bersama suami, ayah dan kedua-dua anaknya yang ketika itu umur beliau mencecah 48 tahun kerana bertujuan menziarahi ahli keluarga Rasulullah s.a.w yang lain di Mesir. Setelah menziarahi Mekah dan Baitulmaqdis, mereka tiba di Mesir dengan disambut meriah oleh sekalian penduduk Mesir termasuk sekalian pembesar negara ketika itu. Kebanyakan mereka menjemput Sayyidah Nafisah ke rumah. Hinggalah beliau tiba di rumah Ummu Hani’, satu keajaiban telah berlaku apabila Allah s.w.t telah memuliakan hamba-Nya itu dengan disembuhkan kecacatan seorang budak perempuan Yahudi dengan keberkatan air wuduk Sayyidah Nafisah yang menyebabkan keluarga budak tadi memeluk Islam. Sejak itu,berduyun-duyun manusia menziarahi Sayyidah Nafisah meminta doa dengan pelbagai hajat hingga suaminya bercita-cita untuk kembali ke Madinah. Lalu Sayyidah Nafisah berkata, “Aku tidak boleh berbuat demikian kerana aku melihat Rasululah s.a.w dalam mimpi bersabda,“Jangan tinggalkan Mesir kerana Allah akan mematikan kamu di sana”.

Kasihnya beliau kepada Mesir dan penduduknya amatlah tinggi. Beliau pernah berkata, “Sesungguhnya aku amat menyayangi penduduk Mesir. Aku bercita-cita untuk dikuburkan di sini. Allah memuliakan Mesir dengan menyebutnya dalam al-Quran sebagaimana disebutnya Mekah.” (rujuk kitab Ad-Durr An-Nafisah oleh Syeikh Ramadhan Abdu Rabbuhu Asfur r.anhu).

Sayyidah Nafisah dan Imam Syafie

Imam Syafi’e r.anhu, Imam mazhab Feqah yang masyhur sempat hidup sezaman dengan Sayyidah Nafisah. Sayyidah Nafisah menjalani kehidupan di Mesir selama 15 tahun iaitu dari 26 Ramadhan tahun 193 hijrah hingga 15 Ramadhan tahun 208 hijrah. Imam Syafi’e amat kerap menziarahi beliau. Ini sebagai tanda mulia dan kasihnya Imam Syafi’e kepada ahli keluarga Nabi. Selain ziarah, Imam Syafi’e juga turut mendengar bacaan hadis daripada Sayyidah Nafisah dan beliau juga membaca hadith kepada Sayyidah Nafisah. Beliau juga kerap menunaikan solat terawih di masjid Sayyidah Nafisah dan apabila Imam Syafi’e ditimpa sakit beliau pasti akan menghantar seorang utusan bertemu Sayyidah Nafisah dan mengirim salam bertujuan menggantikannya menziarahi Sayyidah Nafisah. Beliau pasti meminta Sayyidah Nafisah mendoakan kesihatan untuk beliau. Hingga satu hari beliau ditimpa sakit yang membawa kepada kewafatan beliau, seperti biasa seorang utusan diutus bertemu Sayyidah Nafisah dan kali ini Sayyidah Nafisah berdoa, “Semoga Allah memberikan kepadanya (Imam Syafi’e) sebaik-baik pertemuan dan memberikan kenikmatan dengan melihat wajah-Nya yang mulia.” Maka utusan itu kembali dan memberi tahu apa yang didengar kepada Imam Syafi’e lalu beliau tahulah bahawa ajalnya bakal tiba tidak lama lagi. Lalu Imam Syafi’e berwasiat agar Sayyidah Nafisah menyembahyangkan jenazahnya lalu wafatlah Imam Syafi’e pada hari Khamis, akhir bulan Rejab tahun 204 hijrah.

Apabila mendengar berita kewafatan Imam Syafi’e dengan penuh kesedihan, Sayyidah Nafisah berdoa,” Semoga Allah merahmatinya,dan adalah dia seorang yang memperelok wuduk”. Ini adalah sebagai penyaksian Sayyidah Nafisah kerana wuduk adalah asas melakukan ibadat. Apabila cantik asasnya maka cantiklah ibadat yang dibina padanya seolah-olah beliau berkata, “Imam Syafi’e itu elok pada ijtihadnya.” Tatkala terasa kesakitan yang menimpa amatlah kuat hingga memisahkannya dari dunia,Sayyidah Nafisah mula menggalikan kubur dalam biliknya. Pada saat-saat akhir usianya,beliau sering turun dan beribadat dalam liang lahad tersebut dengan banyak bersembahyang sunat dan membaca al-Quran. Berkata Al-Allamah Al-Ajhauri, “Adalah Sayyidah Nafisah membaca al-Quran dan mengkhatamnya dalam kuburnya sebanyak 6,000 kali dan beliau menghadiahkan pahalanya kepada sekalian umat Islam yang telah meninggal dunia.”

Menghembus Nafas Terakhir

Kesakitan yang menimpanya semakin kuat pada pertengahan bulan Ramadhan tahun 208 hijrah dan beliau sedang berpuasa ketika itu. Maka sekalian orang yang hadir ketika itu menyarankan agar beliau berbuka puasa sahaja bagi meringankan kesakitan yang dihadapi. Mendengar hal tersebut beliau berkata, “Pelik sungguh. Aku berpuasa 30 tahun dan aku berdoa kepada Allah agar dimatikan aku dalam keadaan berpuasa tiba-tiba aku diminta berbuka?”.

Kesakitan yang ditanggungnya berlarutan hingga hari Jumaat hari yang ke-15 Ramadhan. Mulut beliau masih lagi mampu membaca al-Quran hingga sampai pada ayat ke-127 daripada Surah al-An’am yang bermaksud, “Bagi mereka itu (orang-orang yang merenung dan menghayati pesanan dari Allah) disediakan tempat yang selamat dan aman iaitu syurga di sisi Tuhan mereka dan mereka berada dalam kekuasaan dan pertolongan-Nya dengan sebab apa yang mereka kerjakan di dunia dahulu.” Ketika selesai membaca ayat ini, sunyi seketika rumah beliau diikuti tangisan dan doa sekalian manusia yang hadir mengiringi roh beliau yang baru dijemput mengadap Allah.

Disemadikan Di Mesir

Setelah kewafatan Sayyidah Nafisah,suaminya Ishaq al-Mu’taman telah bercadang untuk membawa kembali jasad Sayyidah Nafisah ke Madinah untuk dikebumikan bersama-sama ahli keluarganya yang lain. Tetapi,penduduk Mesir telah membantah dan meminta agar Sayyidah Nafisah disemadikan di Mesir dalam kubur yang digali dengan tangan beliau sendiri. Setelah cubaan memujuk keluarganya menemui jalan buntu, sekalian penduduk Mesir telah mengadu kepada Ubaidillah bin as-Sura, gabenor Mesir ketika itu agar dapat menangani masalah ini dengan baik. Dikatakan sekalian penduduk Mesir telah mengumpulkan sekalian harta bagi diberikan kepada keluarga Sayyidah Nafisah agar hasrat untuk mengembalikan Sayyidah Nafisah ke Madinah dibatalkan. Pada malamnya,suaminya telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan Baginda bersabda kepada Ishaq,” Wahai Ishaq! Kembalikan harta manusia (penduduk Mesir) kepada mereka dan semadikan Nafisah di sisi mereka kerana rahmat diturunkan kepada mereka dengan berkat Nafisah.” Keesokannya, Sayyid Ishaq telah memaklumkan mimpinya kepada penduduk Mesir. Dengan penuh gembira dan syukur kepada Allah, jasad Sayyidah Nafisah disepurnakan lalu disemadikan di dalam biliknya yang kini dibina masjid padanya yang dinamakan “Masjid Sayyidah Nafisah”.

http://kamarudintoyoas-sabahi.blogspot.com/

Saturday, June 22, 2013

Persediaan untuk Ulama' Kecil Ummi dan Ayah.. (^_^)

InsyaAllah shida akan bersalin pada 7 syawal nanti.. tapi setakat ni, tak banyak kelengkapan yang shida beli untuk ulama' kecil yang bakal lahir nanti.. sekarang ni tengah kelam kabut (?) nak cari dan beli kelengkapan baby.. Dekat Sarawak ni barang dia mahal sikit berbanding dengan semenanjung.. lebih2 lagi di daerah Miri dan Bintulu.. So, shida beli sikit je barang kat sini.. yang lain shida beli melalui online.. baju2 dan kelengkapan yang lain shida beli bila balik semenanjung nanti sebab shida memang rancang bersalin dan berpantang kat rumah mak di semenanjung..

Ni je yang shida baru beli setakat ni di untuk ulama' kecil huhu.. Yang tilam tu shida dah ada sebelum pregnant lagi..beli kat teluk intan RM25 je.hehe yang quilt tu isteri kawan suami shida bagi masa duk ladang kat teluk intan dulu.. bekas baju kotor baby,bantal kepala,penyangkut baju n tuala baby je shida beli kat sini.. huhu sian anak ummi.. yang lain2 shida beli kat semenanjung nanti... Insyaallah..

car seat ni shida beli melalui online nurulazhamshoppe.blogspot.com dapat kurang RM 100 termasuk pos.. Preloved je.. tapi condition dan function dia masih baik..cuma shida perlu cuci je bila balik nanti (dipos ke rumah mak mertua di semenanjung)

Stroller ni plak shida beli secara online juga di MyShoppingParadise (facebook). RM90 COD..mak dan ayah mertua shida yang tolong ambil..mak cakap memang masih cantik..sangat berbaloi.. =) Alhamdulillah rezeki ulama' kecil...

selain tu, shida ada gak beli baju bundle untuk baju basahan ulama' kecil nanti di babybundlecollection.blogspot.com huhu jadi lah untuk pakai dirumah.. untuk jalan2 baru pakai yang baru..hehe lagi pun mak mertua shida dah beli sikit baju baby..boleh untuk tukar2 pakai nanti... Mak pesan tak perlu beli banyak2 baju nanti anak cepat membesar, baju2 tu nanti cepat jetak muatnya..ok mak..=)

bila tengok barang2 ni tak sabar je nak tunggu ulama' kecil ni lahir...=)

Bulan ke 8...Bakal bergelar ibu... insyaAllah... ^_^

Assalamualaikum... dah berbulan-bulan dah shidah tak update blog ni..huhu.... selepas saja shida dan suami berpindah ke ladang baru di serawak ni, shida dijangkiti penyakit kemalasan untuk menulis.. huhu banyak masa shida gunakan untuk membaca.. lebih2 lagi berkaitan kehamilan dan juga persediaan apabila menjadi ibu nanti.. =)

Ye..Alhamdulillah shidah dah mengandung..dah masuk minggu ke 32 pun..Sangat seronok melalui saat-saat kehamilan ni... lebih2 lagi ketika anak didalam kandungan ni bergerak2..walaupun kadang2 tak selesa tapi sangat menghiburkan..Apentah lagi kalau shida baru lepas makan.. rasa sangat perut ni ketat je.. nak bergerak pun susah..huhu mungkin banyak sangat makan kot... hehe

Dalam proses kehamilan ni alhamdulillah shida tak mengalami alahan yang teruk..Suami pun pelik coz shida tak mengidam... tak pening2.. n tak muntah2..sihat je...cumanya, pada awal kandungan shida kurang selera makan... apa yang favourite shida sebelum mengandung, itulah makanan yang shida tak suka... sentuh pun tak nak.. subhanallah kuasa Allah... dan apa yang shida tak suka sebelum ni itulah yang duk makan hari2 contohnya, kegemaran shida sekarang ni coklat cadbury... sebelum ni shida memang tak suka makan coklat bar coz coklat tu suka melekat kat gigi..=p

Dalam keterujaan shida untuk menjadi ibu ni.. banyak yang masa shida gunakan untuk mencari ilmu keibuan... sebelum ni shida ada hadir satu seminar yang diadakan di masjid shah alam. tajuk seminar tu tak ingat la.. huhu tapi lebih kurang macam ni la kot tajuknya.. "Pendidikan gaya al-Fateh" huhu lupa... pengisiannya sangat bermanfaat dan sangat berbaloi2... seminar ini dianjurkan oleh Islamic Parenting Network yang diterajui oleh Puan Lina Karim, ibu kepada 2 orang hufaz cilik yang hebat....semoga anak kita juga pun seperti mereka..Amiin...

Hasil research selama lebih kurang 7bulan, maka terhasil lah modul ini sebagai panduan untuk shida masa berpantang nanti.. sebab kat rumah mak nanti tak ada internet so susah nak google2 kalau ada keraguaan nanti... dan sebagai rujukkan untuk ank2 seterusnya.. InsyaAllah..=)

Ini lah modulnya (102 muka surat)..=) shida memang tekad untuk bagi yang terbaik untuk amanah Allah yang bakal lahir ni nanti.. pendidikan tu lebih penting... bab-bab baju-baju dan segala kelengkapan yang lain tu shida tangguhkan dulu.. shida siapkan silibus pendidikan anak shida sebelum dia lahir.. bila dah dah lahir nanti senang terus ikut je silibus ni nanti...InsyaAllah... modul ni pun shida ceduk dari blog2 ibu2 yang hebat.. dan buku2 berkaitan dengan keibubapaan.. tapi bila baca balik, banyak lagi rasa kekurangan isinya.. mungkin perlu 'terbitkan' "Modul untuk Ulama' Kecil Ummi dan Ayah 2" kot... =) tengoklah tahap kerajinan..hoho =)