Sunday, September 23, 2012

UDARA ATAU ILMU???

SEORANG lelaki muda pergi menemui seorang ahli hikmah. “Tuan, ajarkan saya ilmu hikmah,” pintanya. “Kau benar-benar inginkannya?” Tanya ahli hikmah. “Ya.Tuan.” “Kamu sedia diuji?” “Sedia,” jawabnya tanpa ragu. “Baiklah bawa setempayan air kehadapanku,”pinta ahli hikmah. Setempayan air segera dihadapkan di hadapan ahli hikmah oleh lelaki muda itu. “Mari ke sini. Jengukkan kepalamu kemuka tempayan ini.” Lelaki muda itu mula merapatkan kepalanya ke mulut tempayan. Tiba-tiba ahli hikmah itu menekan dan menenggelamkan kepala lelaki itu ke dalam air. Dia meronta-ronta kelemasan.

Apabila nampak tidak berdaya, barulah kepalanya dilepaskan. Sebaik menghirup udara, ahli hikmah terus bertanya, “Apa yang kamu inginkan?” “Saya inginkan ilmu.” Mendengar jawapan itu sekali lagi kepala lelaki itu dibenamkan ke dalam air. Sekali lagi lelaki muda itu kelemasan. Kali ini lebih teruk dari sebelumnya. Setelah hamper lemas, baru dilepaskan lantas soalan yang sama diajukan. “Apa yang kamu inginkan?” “Saya inginkan ilmu!” jawab lelaki muda itu. Kali ini dengan keadaan lebih tidak berdaya.

Mendengar jawapan yang sama, ahli hikmah itu membenamkan sekali lagi kepala lelaki itu ke dalam tempayan. Kali ini lebih lama. Lelaki itu meronta-ronta. Kali ini lebih hebat dan dahsyat dirasakannya. Setelah hamper nyawa-nyawa ikan, barulah kepalanya dilepaskan. “Apa yang kamu inginkan?” “Udara, udara, udara!” katanya hampir kehilangan suara. “sekarang, kamu telah bersedia untuk belajar hikmah daripadaku. Jika kamu inginkan hikmah seperti kamu inginkan udara, barulah layak kamu mendapatkannya!”

MORAL: keghairahan yang tinggi terhadap ilmu akan menjadikan seseorang itu ghairah untuk belajar. Imam al-Syafi’i pernah menyifatkan dirinya dengan ilmu umpama ibu ayam yang kehilangan anaknya. Begitu cinta dan tinggi sekali keinginannya untuk mendapat ilmu.

Saturday, September 22, 2012

Ada Akal Tapi...

Sekumpulan tikus bermesyuarat tentang cara menangani ancaman seekor kucing besar di rumah tempat mereka bersarang.

“Kita keluar waktu siang kerana waktu itu kucing selalunya tidur,” cadang sekor kucing tua.

“Anak-anak yang masih kecil mesti ditemani oleh yang lebih tua ketika keluar mencari makanan”, tambah seekor tikus yang lebih tua.

“Jangan lupa hindari tempat-tempat yang bahaya dan sensetif,” kata seekor tikus yang kudung sebelah kakinya. Ia sangat berpengalaman dan pernah ditangkap oleh kucing, tetapi berjaya melepaskan diri.

Tiba-tiba datang sekumpulan tikus muda “menyergah” masuk ke dalam mesyuarat itu dengan angkuhnya.

“Kami lebih tahu tentang selok –belok pertahanan dan keselamatan diri. Kami ada cadangan,” kata seekor daripada mereka.

Tikus-tikus tua berdiam diri. “Silakan,beri pandangan kamu.”

“Mudah saja, kita gantung satu loceng di leher kucing itu. Bila dia bergerak, loceng itu berbunyi, dan kita mendengarnya, maka kita pun boleh melarikan diri.”

“Bagus! Inilah cadangan yang terbaik!” sokong tikus muda yang lain sambil memandang sinis tikus-tikus tua.Angkuh.

“Baiklah.. kami terima cadangan itu.Cuma, ada satu pertanyaan...” ujar tikus tua.

“Apa dia?”

“Siapa nak gantung loceng di leher kucing itu?”

Semua tikus muda terdiam dan saling berpandangan. Ya, tak ya juga.. Fikiran mereka tak terjangkau lagi ke tahap itu.

Moral: Pengalaman dan kematangan tidak boleh ditempa semata-mata dengan banyak membaca dan berwancana. Awas, sindrom ada akal tetapi tak berakal.

Sumber: Majalah Solusi (isu no.6)

KRITIKAN YANG TIDAK ADIL

Dalam suatu majlis jamuan meraikan kejayaannya belayar mengelilingi dunia, Ferdinand Magellan telah disindir oleh sekumpulan pengkritik yang duduk semeja dengannya.

“Ah, belayar mengelilingi dunia bukanlah sepayah mana...” kata seorang penulis dengan suara agak kuat.

“Hanya perlukan kapal yang teguh dan peta yang tepat,”tambah seorang ahli perniagaan.

“Dan kelasi yang setia”,ujar seorang jeneral.

“Tuan-tuan,sekarang ada sebiji telur rebus di tangan saya. Cuba tuan-tuan letakkan telur ini dalam keadaan tegak berdiri,” kata Ferdinand Magellan mencabar pengkritiknya.

“Mana mungkin telur itu diletakkan dalam kedudukan sedemikian,” jawab pengkriknya setelah mencuba berkali-kali.

Ferninand memecahkan sebahagian kecil bucu telur itu dan menggunakannya sebagai tapak untuk meletakkan telur itu dalam keadaan tegak.

“Ah, kalau begitu siapa pun boleh melakukannya,” kata pengkritiknya sambil mencebik.

“Ya,setelah aku melakukannya!”

Moral: kritikan yg tidak adil merupakan pujian yang tidak rasmi.Ungkapan ada mengatakan, tidak ada sesiapa menendang anjing yang telah mati. Maksudnya, selagi ada yang “sudi” mencemuh, itulah petanda kita masih mempunyai kelebihan dan harga diri.

Sumber: Majalah Solusi ( isu no. 6)

Friday, September 21, 2012

Please Jangan rumitkan Sunnah Rasulullah ini !!!

Bila menjelajah laman sosial facebook, ramai keluhan sahabat-sahabat terutamanya lelaki yang ingin berkahwin tapi banyak sangat halangan... paling banyaknya adalah disebabkan duit...duit... dan duit.. tak cukup duit sebab mak minta buat besar-besaran.. bakal mentua minta hantaran tinggi, dibebankan lagi dengan hantaran yang mahal-mahal..Akhirnya, niat yang baik itu tertangguh, dosa pula bertimbun-timbun akibat tidak mampu mengawal nafsu diri...MasyaAllah...

Teringat ketika shida hendak mendirikan rumahtangga dulu... Banyak juga cabaran dan dugaan yang terpaksa kami tempuhi.Seperti ibu bapa yang lain juga,keluarga kami juga mahukan perkahwinan yang meriah untuk anak-anak mereka. Meriah itu tidak apa, tetapi yang membazir itu yang menjadi masalah.Matlamat shida dan suami ketika itu biarlah majlis kami mendapat keberkatan dari Allah dan sederhana.

Majlis perkahwinan kami sangat ringkas, baju nikah dan kahwin kami tempah sendiri (murah dan aurat terjaga) tiada hantaran di hari pernikahan, untuk acara batal air sembahyang, kami hanya mengunakan cincin yang diberi ketika bertunang dulu. Pelamin pun sebenarnya tiada, tetapi atas jasa baik kakak ipar shida, dia buatkan pelamin yang ringkas tetapi menarik untuk sesi bergambar.Tiada Mak andam (pakai lip ice,celak dan bedak saja). Jurufoto pun tiada.Pendek kata memang majlis yang ringkas tapi meriah.Majlis di pihak suami lagi ringkas tapi alhamdulillah tetap meriah... Walaupun ada yang mengata di belakang, kami tidak kisah yang penting kata suami, ibu dan ayah kami tidak penat,redha Allah pun kita dapat... InsyaAllah.. aamiin.

***Niat itu penting, jangan buat kerana untuk menunjuk.Bahaya!takut Allah murka... ^_^ Nikah ni mudah tapi kita yang merumitkan dan menyusahkannya..huhu

Thursday, September 20, 2012

Doa & Zikir untuk mendapat zuriat ^_^

Zuriat adalah anugerah yang paling berharga buat sepasang suami isteri dan penyeri rumah tangga hasil kurniaan Allah yang Maha Penyanyang.

Teringat shida dari satu program televisyen yang membincangkan soal zuriat ini. Ustazah ini menegaskan bahawa, niat adalah yang paling penting bagi pasangan yang menginginkan cahaya mata..bukan nak anak sebagai penyeri rumah tangga saja... tapi yang paling penting sebagai penyelamat ibu dan ayah di akhirat kelak.Kerana doa anak yang soleh boleh menyelamatkan ibu dan bapanya dari diazab.Maksudnya di sini, kita mahukan anak bukan untuk kebahagiaan di dunia sahaja tapi yang paling utama di akhirat kelak.Jadi untuk merealisasikan impian ini, ibu bapa pastilah melahirkan 'anak akhirat' ^_^ yang dididik mengikut syariat islam supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.

Di sini shida kongsikan doa dan zikir yang shida petik dari Ruqyah Asas Pengubatan Islam (Tuan Guru Dr.Haron Din):

(1) Surah Al-Anbiya':89

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

"wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat);dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi"

(2) Surah Ali Imran:38

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

(3)Surah Al-Anbiya':30

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Dan apakah orang yang kafir tidak memperhatikan bahawa langit dan bumi itu kedua-duanya (dahulu) adalah sekepal, kemudian Kami (Allah) pisahkan antara kedua-duanya. Dan daripada air Kami (Allah) jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka apakah mereka tidak juga beriman?

(4) baca doa ini sebanyak 7kali iaitu terjemahannya;

Maha suci Tuhan yang urusannya antara "kaf" dan "nun". Maha suci Allah yang urusannya apabila DIA menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah. maka akan jadilah ia". Aku bermohon kepada Allah yang maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar DIA menyembuhkan.

***bila bersedih masih belum dikurniakan zuriat,suami selalu ingatkan,semua ni kuasa Allah..pasti ada hikmah..pasti ada hikmahnya.. ^_^ usaha + doa + tawakal = InsyaAllah berjaya..

Wednesday, September 19, 2012

Rasulullah Membengkokkan Lutut untuk Isterinya...

"Nabi Muhammad s.a.w. duduk di sisi unta baginda.Kemudian baginda menekukkan lututnya.Lalu isteri baginda,Shaffiyah, meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad s.a.w hingga dia naik atas unta." (HR Bukhari dan Muslim)

Ya ^_^.Itu lah junjungan besar kita Rasulullah s.a.w yang dikisahkan suatu ketika Rasulullah duduk di sisi untanya dan menekuk lututnya untuk digunakan Shafiyyah (isterinya) menaiki unta. Syafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut baginda sehingga dia boleh naik ke atas unta.Romantiskan Rasulullah,walaupun sibuk sebagai Rasul,panglima,guru dan lain-lain tetapi tetap mempunyai masa untuk bermesra bersama isteri-isterinya.

Kita? walaupun kenderaan kita bukan unta tapi kita masih lagi boleh meneladani sunnah Rasulullah ini dengan membantu isteri menaiki kenderaan seperti membuka pintu kereta,teksi dan lain-lain ketika naik atau turun kenderaan.Paling seronok adalah bagi mereka yang membonceng motosikal, boleh tolong isteri pakaikan topi keledar ^_^.

Jika si suami mengamalkan sunnah ini, isteri akan merasa sangat dimuliakan dan dihargai...Semakin bertambah sayang.Pasti!

Tidak terhad kepada suami, isteri pun boleh mengikuti sunnah Rasulullah ini, contohnya membantu bukakan pintu kenderaan atau membawa beg ketika suami hendak pergi atau pulang dari tempat kerja.InsyaAllah suami bertambah sayang dan bertambah juga pahala kita...

Tapi jangan lupa! niatlah setiap kali kita lakukan semua ini kerana Allah dan kerana mengikut sunnah baginda..=)

***kadang-kadang ada juga suami yang terus tekan minyak, sedangkan si isteri baru masuk sebelah kaki dalam kereta..huhuhu sama-sama kita perbaiki diri..^_^