Sunday, December 29, 2013

Homemade almond milk + dates


Alhamdulillah ini adalah stok almond milk utk 1-2 minggu saya.  Banyak khasiatnya terutamanya untuk minda dan kesihatan. Sebenarnya saya buat ni untuk anak saya tapi disebabkan nafisah bf lagi.. maka saya yang perlu minum.. =))

Bahan2nya mudah saja (sukatannya suka2 hati tp badam letak lebih sedikit cthnya 2cwn gitu);
1-badam yg direndam smalaman kemudian dibuang kulitnya keesokkan harinya.
2-kurma
3-kismis
4-madu
5-air masak
6-perisa yg diinginkan (cth; serbuk oligo untuk rasa coklat)

Cara2nya;
1-blenderkan semua bahan diatas.
2-tapiskan , ambil airnya sahaja
3-frozenkan.

*Hampasnye jgn dibuang .. bleh wat cookies atau cekodok dll sbg bahan tambahan.

Selamat mencuba! :-)

Saturday, December 28, 2013

Jom kita berenang! :-)



              Alhamdulillah setakat umur nafisah 4bulan ni dah 3kali kami bawa nafisah berenang di swimming pool.. nafisah kelihatan sangat relax... xnangis pun bila di dalam air.. sekarang kami jadikan aktiviti berenang ni antara aktiviti bulanan untuk nafisah dan jadikan aktiviti sunnah ini salah satu subjek homeschool nafisah.. moga nafisah mahir berenang satu hari nanti insyaAllah...

Friday, November 29, 2013

♥ Tips Untuk Kebahagiaan Anak ♥

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

@drmuhaya

pengalaman bersalin kali petama...

Dah 3 bulan peristiwa ni berlaku.. alhamdulillah saya selamat melahirkan seorang baby perempuan yg subhanallah sgt comel.. saya selamat melahirkan ulama' kecil ini pada 29 ramadhan yang lalu sehari sebelum hari raya.. (baby nak raya awal) =)

kita merancang Allah yang menentukan... saya sepatutnya bersalin 7syawal tapi baby sangat tak sabar nak tengok dunia..dan perancangan kami untuk bersalin di hospital swasta tapi akhirnya di hospital kerajaan juga.. hehe sebab hospital swasta tu cuti raya..

Disebabkan ni kali petama ,saya tak tahu macam mana rasa sakit nak bersalin.. kadang2 rasa macam sakit macam period pain tapi tak konsisten plak masanya..bila pergi klinik, doktor cakap, saya terlalu aktif... dia kata kalau anak sulung selalu lambat..ok.. saya balik rumah dan puasa macam biasa.

28 ramadhan, sakit makin kerap.. konfius... mak mertua (waktu ni saya berada di rumah mertua saya) saya cakap, mgkin masa saya nak bersalin makin hampir.. apentah lagi bila saya bagi tahu yang bengkak kaki saya smakin surut..tapi tiada petunjuk yang pasti... saya teruskan berpuasa...malam tu selepas berbuka, saya dapat rasakan masanya makin hampir... saya gagahkan diri untuk solat sunat terawih serta solat hajat... surah maryam saya baca dengan penuh berharap segala yang berlaku semasa proses bersalin nanti akan berjalan dengan lancar dan selamat... saya tidur... tapi tak lena... sakit... berpuluh sms saya layangkan pada suami... waktu tu suami saya masih di sarawak.. mohon kata2 semangat dari dia... saya minum air selusuh yang suami saya buatkan... pastu saya pergi ke toilet sb nak buang air.. Darah! saya yakin saya nak bersalin.. waktu ni saya sangat gembira.. sebab saya dah tahu saya dah nak bersalin dan tak sabar nak jumpa anak saya yang saya kandung 9 bulan lebih... saya mandi kemudian saya kejutkan mak n ayah mertua saya.. sebelum bertolak ke hospital saya makan nasi sepinggan tapi tak banyak sebab rasa sakit semakin kerap.. kami bertolak ke hospital pukul 3 pagi.. jalan lengang.. dalam hati saya doa tak berhenti agar semuanya berjalan dengan baik dan selamat..

Sampai di hospital lebih kurang 3.30 pagi.. siap daftar semua, doc check bukaan saya sudah 5cm, saya dimasukkan ke dalam wad dan bertanya sama ada saya mahu ubat tahan sakit (epidural) atau tak.. dengan yakinnya saya jawab tak sebab saya tahu kesan sampingan kalau ambil epidural dan ketika itu saya rasa saya mampu menahan sakit.. lebih kurang sejam selepas itu, saya dimasukkan ke dalam labour room... besar labour room tu..saya sorang je dalam tu..rasa sunyi je..huhu setiap kali nurse atau doc yang masuk mesti dorang tanya mana suami saya.. sayu sangat waktu tu tapi saya kuatkan hati, saya tahu suami saya waktu tu tengah bersiap sedia untuk pulang ke semenanjung... dlam labour room saya minta kebenaran untuk ber'sms' dengan suami... nurse n doktor semua sporting dan baik2 belaka.. lebih kurang setengah jam selepas itu sakit semakin kerap...dari saya berzikir dalam hati, saya berzikir kuat2 (dalam menahan sakit) tapi tak la kuat sangat sebab saya sorang je dalam tu... sakitnya Allah je yang tahu.. nurse yang datang melihat saya pun rasa simpati... saya pegang tangan dia minta kekuatan.. saya tanya doc," doc rasa2 bila saya boleh bersalin?" doc jawab, " ikut teori 1cm = 1jam, klu 5cm= 5jam la..tapi ikut orang juga.. " huhu 5jam??? lamanya...! tak lama lepas tu saya betul2 tak tahan.. saya panggil nurse untuk minta epidural... dalam proses nurse nak cucuk epidural tu, mak saya datang... saya senyum tengok mak... mak waktu tu dah bergenang air mata tengok saya.. saya cakap pada mak, jangan nangis, mak nak dapat cucu lagi... =) mak saya senyum... lepas cucuk tu nurse suh saya tidur je.. tapi saya rasa baby mcm nak terkeluar je waktu tu.. nurse check bukaan saya... "dah buka 7, 8cm ni... patut kamu sakit sangat.. kamu dah boleh bersalin ni" nurse panggil beberapa nurse dan doc untuk menyambut kelahiran anak saya... lega rasanya waktunya dah tiba...alhamdulillah.. tapi waktu tu saya rasa sangatttttttttt mengantuk! saya susah nak push sebab mengantuk sangat (kesan epidural).. nurse berusaha tak bagi saya ngantuk.. dia lap muka saya dengan tisu lembap tapi tak mampu nak hilangkan mengantuk saya..saya tampar2 muka saya bagi tak ngantuk.. mak tak berhenti bagi semangat..akhirnya push punya push hehe tepat pukul 7.17 pagi saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.79kg secara normal..=) alhamdulillah... =)

ulama kecil ummi dan ayah =)... Sayyidah Nafisah.. waktu ni umur nafisah dah 2 bulan lebih..hehe meniarap time tidur..

Wednesday, June 26, 2013

12 langkah melahir tanpa rasa sakit melalui teknik hypnobirthing (^_^)

Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin. Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan.:) . Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :

1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.

2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.

3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali. Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.

4. Kemudian berbaring dengan santai.

5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.

6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.

7. Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.

8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut. Lakukan 8 kali.

9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.

10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.

11. Masukkan fikiran positif. Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'

12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung. Kembali semula kepada keadaan normal.

Cloth Diapers Murah!!! 10 CD ( bersama 2 insert) RM150 termasuk pos!!

Assalamualaikum.. hari ni shida nak share ada promosi di http://www.qqbabyshop.com/ tapi shida tak pasti promosi ni sampai bila.. Jadi pada ummi2 yang tengah cari cloth diapers murah boleh la intai2 laman web ni.. Setakat ni, Ini la laman web yang shida jumpa yang paling murah...mungkin ada yang lebih murah tapi shida tak perasan..

Dah order 10 CD untuk bakal Ulama' kecilku... (^_^)

Tuesday, June 25, 2013

Cara nak buat Minyak Kelapa sendiri (Minyak Selusuh) (^_^)

Kalau post sebelum ni macama mana nak buat air selusuh.. kali ni plak macam mana nak buat minyak kelapa tanak (minyak selusuh)... Yang ni plak shida nak minta mak yang buatkan bila balik semenanjung nanti.. tak pun buat sendiri je =)... kat bintulu ni susah nak cari kelapa santan asli huhu... kebanyakkannya santan yang telah diproses menjadi santan kotak ataupun santan serbuk... hmm so tunggu balik semenanjung nantilah baru buat.. insyaAllah...=)

Bahan-bahannya: 3-5 biji kelapa parut.

Cara-caranya:

1) Perah kelapa parut ni sehingga keluar santannya.. ada yang kata letak air sedikit, ada pendapat yang lain kata tak perlu letak air.. so mana2 la yang ummi2 yakin la ye..huhu (perah guna kain lebih mudah berbanding guna penapis..=))

2)tanak santan yang kita perah tu didalam periuk dan diatas api yang perlahan...

3)Kacau santan tu dari mula hingga menjadi minyak iaitu sampai santan menjadi warna jernih dan tahinya..

4)Tapis minyak tersebut untuk mengasingkan minyak dan tahinya..

5)masukkan minyak kedalam bekas...=) boleh dibacakan dengan doa selusuh..

6)siap untuk diminum...atau disapu diatas perut... =)wallahualam.

~Dari 6 bulan dah boleh start minum sesudu 3kali seminggu.Bila usia kandungan dah 9 bulan, boleh minum sesudu sehari... Selamat Mencuba!!! (^_^)